.:Ya Allah, jadikanlah solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu... amiin...:.


Friday, July 18, 2008

La kalam qabla al-salam..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam sejahtera buat diriku dan sekalian pembaca blog yang budiman. Mudah-mudahan kita semua berada dalam lingkungan dan naungan nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Tujuan utama blog ini saya adakan adalah untuk berkongsi sekadar apa yang ada pada diri ini kerana berpegang kepada beberapa ayat al-Quran, hadith Nabi s.a.w. dan qaul ulama’ dan hukama’ yang menyeru dan member galakan kepada kita supaya mencari ilmu dan mendalami ilmu serta menyebarkan kepada orang lain.

Justeru, saya mengharapkan sebarang komen dan kritik yang membina terhadap segala aspek yang ada dalam blog ini, terutama dari aspek isi dan pengisiannya. Ini supaya saya tidak tersalah ‘membawa ajaran sesat’ yang boleh mengelirukan bahkan mampu membawa kerosakan kepada masyarakat. Apatah lagi ia membabitkan agama yang bakal menentukan tempat kita di sisi Allah s.w.t.

Akhir kalam, saya awal-awal lagi memohon ampun dari Allah s.w.t. sekiranya ada kalam saya dalam blog ini menyimpang dan tersasar dari jalan Allah s.w.t.