.:Ya Allah, jadikanlah solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu... amiin...:.


Saturday, October 3, 2009

raya...raya...raya...

SYAWAL: BULAN MUHASABAH DIRI

Hari ini sudah masuk 15 Syawal 1430 Hijrah. Bermakna kita sudah melepasi 15 hari bulan Syawal, dan kita berbaki 15 hari lagi Syawal. Namun masih ramai di kalangan umat Islam khususnya di Malaysia masih lagi asyik beraya. Seolah-olah terlupa bahawa 16 hari yang lalu, mereka masih lagi berpuasa di bulan Ramadhan.

Sementara masih belum terlambat, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri apakah yang berlaku kepada diri kita setelah 15 hari kita meninggalkan Ramadhan. Marilah kita merenung beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

- Sudahkah kita memulakan puasa 6 hari di bulan Syawal?

- Masihkah lagi kita dalam ‘mood’ mengerjakan amal soleh – (solat sunat, qiamullail, membaca al-Quran, bersedekah dsb)

- Adakah tertanam di dalam diri kita sifat sabar dan tabah dengan dugaan dan cabaran?

- Adakah wujud dalam diri kita sifat kasih sayang sesama Muslim?

- Adakah terbit dari diri kita akhlak yang mulia hasil dari ‘puasa’ mata, telinga, tangan dan kaki, hidung, mulut, hati?

- Adakah wujud dalam diri kita sifat ehsan kepada golongan yang kurang bernasib baik?

- Dan banyak lagi soalan yang boleh dilontarkan…

Sementara umur masih ada, marilah kita sama-sama bertaubat memohon ampun kepada Allah s.w.t. di atas segala dosa dan kesalahan kita samada bersar atau kecil. Juga kita sama-sama memohon maaf sesama makhluk yang telah kita sakiti. Juga marilah kita perbanyakkan dan perbaiki amalan soleh kita sebagai bekalan menghadapi saat yang tidak ketahui bila datangnya – saat keluarnya roh dari jasad -.